GEORGE TOWN: Penang FC melantik legenda bola sepak Pulau Pinang Merzagua Abderrazak sebagai Pengarah Teknikal baharu bagi memantapkan persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang Daniel Gooi berkata pelantikan Merzagua yang berkuat kuasa 1 Jan lepas, bertujuan mengembalikan harapan susulan prestasi suram Harimau Kumbang menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-10.
"Penang FC kini dalam tempoh peralihan dengan menitikberatkan perkara dari segi teknikal. Pelantikan Merzagua amat tepat dalam usaha kita untuk memperkukuhkan pasukan pada musim depan.
"Tambahan pula, Merzagua bukanlah asing dalam kalangan peminat Penang FC dan kita berharap dengan kemunculan semula sebagai pengarah teknikal baharu dapat mengembalikan semangat dan kegemilangan Penang FC sepertimana yang pernah diraih suatu ketika dahulu," katanya pada sidang media selepas sesi Townhall Bersama Penyokong Penang FC di Pusat Harmoni, di sini malam tadi.
Berasal dari Maghribi, bekas pemain berusia 57 tahun dikenali dengan julukan 'Great Merz' oleh penyokong setia Harimau Kumbang, Merzagua pernah mencipta nama sebagai hero ketika Pulau Pinang mendakap kejuaraan Liga Perdana Satu pada 1998, selain dinobatkan pemain import terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.
Selepas hampir 12 tahun meninggalkan Harimau Kumbang, Merzagua kembali sebagai jurulatih pada musim 2012 sehingga muncul juara Piala FAM seterusnya layak beraksi di Liga Perdana pada 2014.
Namun disebabkan masalah lesen kejurulatihan, beliau terpaksa kembali ke negara asal untuk mendapatkan lesen 'Sijil A'.
Sementara itu, Merzagua mengakui tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya kali ini lebih mencabar namun ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
"Sudah tentu cabaran kali ini lebih berat tetapi apa yang penting saya lihat adalah kita (pasukan) perlukan identiti tersendiri... corak permainan, semangat melawan itu harus menjadi sesuatu perkara istimewa yang perlu ditanam dalam pasukan jadi, sebab itulah saya berada di sini.
"Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan saya tidak keseorangan kerana kita ada bersama pihak pengurusan, pasukan dan lain-lain dan saya percaya kita mampu melakukannya," katanya.
Pada sidang media sama, Penang FC turut mengumumkan pelantikan Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai ketua jurulatih baharu, manakala Manzoor Azwira Abdul Wahid diberikan tugas mengendalikan skuad simpanan.
Akmal Rizal ketika ditemui berkata: "Kita akan usahakan sebaik mungkin untuk merealisasikan matlamat menjadikan Penang FC sebagai satu pasukan yang boleh beraksi dengan baik dalam setiap perlawan sekali gus berada di kedudukan lebih baik berbanding sebelumnya".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Merzagua mengakui tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya kali ini lebih mencabar namun ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. - Foto Penang FC
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Moey Kok Hong seperti adik saya - Merzagua
Mergazua berkata ini kerana hubungan mereka bukan setakat rakan di atas padang tetapi Moey sudah dianggap seperti adik sendiri.
Merzagua Pengarah Teknikal baharu Penang FC
Penang FC melantik Merzagua Abderrazak sebagai Pengarah Teknikal baharu bagi memantapkan persiapan pasukan itu musim ini.